Rancangan Pengajaran




Cubalah aktiviti-aktiviti ni!

Di sini terdapat aktiviti-aktiviti lain yang guru boleh cuba.
Terdapat dua bahagian, iaitu aktiviti dalam dan aktiviti luar:





AKTIVITI 1 - 'PUPPET' BAYANG-BAYANG
Bahan-bahan: kertas, gunting, kayu lidi, sellotape

1. Guru meminta kanak-kanak menghasilkan satu 'puppet'.
Contoh 'puppet':

2. Guru meminta kanak-kanak bereksperiment dengan lampu suluh.
-apabila 'puppet' dekat dengan lampu suluh, bayang-bayang yang terbentuk besar
-apabila 'puppet' jauh dari lampu suluh, bayang-bayang yang terbentuk kecil
3. Guru meminta kanak-kanak menggerakkan 'puppet' mereka sambil menyanyi lagu "Bayang-bayang pada Dinding"


"Bayang-bayang pada Dinding"
(mengikut rentak lagu "Labah-labah")
Ada bayang-bayang,
Pada dindingku,
Kadangkala ia besar,
Kadangkala kecil.

Kadangkala ia diam,
Tak bergerak lansung,
Kadangkala berlari,
Ataupun melantun.

Ku suka bayang-bayang,
Pada dindingku,
Tapi ia akan hilang,
Bila buka lampu!


AKTIVITI 2 - CERMIN BAYANG-BAYANG

1. Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa pasangan.
2. Kanak-kanak A diminta meniru kanak-kanak B.
3. Setelah 2 minit, kanak-kanak B pula diminta meniru kanak-kanak A.


AKTIVITI 3 - HANTU KE?
Bahan-bahan: kain selimut berwarna putih, lampu suluh

1. Guru menggantungkan satu selimut putih yang besar dalam kelas.
2. Kemudian, guru menutup lampu dan mengambil beberapa orang kanak-kanak untuk berdiri dibelakang selimut tersebut.
3. Guru menyalakan lampu suluh.
4. Kanak-kanak diminta meneka bayang-bayang siapa di sebalik selimut.


AKTIVITI 4 - LUKISAN
Bahan-bahan: kertas, pensil warna atau krayon

1. Kanak-kanak melukis gambar yang mempunyai matahari atau sumber cahaya yang lain dan objek yang mempunyai bayang-bayang.


AKTIVITI 5 - ANJING DAN BAYANG-BAYANGNYA

1. Guru bercerita tentang anjing dan bayang-bayangnya.
Contoh cerita:
"Pada suatu hari, seekor anjing yang kelaparan merayau-rayau di sebuah lorong untuk mencari makanan. Akhirnya ia berjumpa seketul tulang didalam sebuah tong sampah. Anjing itu terus menggonggong tulang itu dan berlari menuju ke rumahnya. Dalam perjalanan anjing itu melalui sebuah jambatan di atas sebatang anak sungai. Sambil meniti jambatan, anjing itu terpandang bayang-bayangnya di permukaan sungai. Ia menyangka ada seekor anjing lain dengan seketul tulang. Perasaan tamak mula menguasai dirinya. Anjing itu ingin mendapatkan 'tulang' daripada 'anjing' itu. Tanpa berfikir panjang, ia pun menyalak. Sebaik saja ia membuka mulutnya untuk menyalak, tulang yang digonggongnya pun jatuh ke dalam sungai. Anjing itu menyesal kerana tulang yang dijumpainya tadi terjatuh ke dalam sungai disebabkan sifat tamaknya."





AKTIVITI 1 - BAYANG-BAYANG YANG MANA SATU?

1. Guru meminta kanak-kanak membuat satu barisan yang panjang dan mengambil ruang masing-masing.

2. Guru meminta kanak-kanak mengenalpasti bayang-bayang mereka.

3. Guru bertanya kepada kanak-kanak:
"Yang manakah bayang-bayang kamu?"
"Bagaimanakah kamu tahu?"
"Bagaimanakah terjadinya bayang-bayang kamu?"


AKTIVITI 2 - BAYANG-BAYANG BERUBAH I

1. Guru membawa kanak-kanak keluar pada masa-masa yang berlainan untuk mengukur ketinggian bayang-bayang mereka.
Contoh: 8.00 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari



AKTIVITI 3 - BAYANG-BAYANG BERUBAH II
Bahan-bahan: pinggan kertas, kertas warna, pensil warna atau krayon, ranting kayu, gam atau sellotape

1. Kanak-kanak melukis gambar mana-mana haiwan pada pinggan kertas.
2. Kemudian pinggan kertas tersebut dilekat pada ranting kayu yang kecil dan diletakkan dalam tanah dalam kawasan yang dibenarkan.
3. Sama seperti AKTIVITI 2, kanak-kanak mengukur ketinggian "haiwan" mereka.


AKTIVITI 4 - BAYANG-BAYANG BERUBAH III

1. Guru meminta kanak-kanak berdiri dan ukur ketinggian bayang-bayang mereka.
2. Guru meminta kanak-kanak duduk dan ukur ketinggian bayang-bayang mereka.
3. Guru berbincang dengan kanak-kanak tentang perbezaan ketinggian bayang-bayang yang terjadi.


AKTIVITI 5 - 'SHADOW TAG'

1. Sama seperti permainan 'tag' tetapi kanak-kanak akan sentuh bayang rakan-rakan lain.

4 comments:

Denise said...

Menarik aktiviti-aktiviti untuk bayang-bayang. Diintegrasikan sains, perkembangan fizikal, sosioemosi serta kreativiti. Bagus. Untuk aktiviti luar (bayang-bayang 111), saya merasakan itu tidak payah diletakkan sebab ia adalah bersifat tahap yang lebih tinggi.

iezan said...

salam...rp menarik dan aktiviti pun menarik cuma kurang aplikasi ICT...coz klu boleh P&P dalam blog lebih istimewa klu kita banyak menggunakan aktiviti berunsurkan ICT n klu tak, tak nampakla sangat bezanya dengan akt di luar blog yang kita amalkan di dalam kelas harian biasa...lagi satu pasal layout,saya faham yang kumpulan ini cuba untuk membawa konsep yang sama dengan tema pengajaran iaitu bayang-bayang,tp klu layout terlalu gelap mungkin nanti sukar dan kurang sesuai untuk kita create akt lain atau tema lain dan untuk cari bahan yang bersesuaian spy masalah layout tidak menjd satu isu utama kelak..

Nur Farhana Mohd Radzi said...

salam buat kengkawan..aimi n da geng.. kalian bisa melakukan yang terbaik untuk blog ini. buat pengetahuan kalian, blog ini sgt mendamaikan hati dan menenangkan perasaan yang sedang berduka....selain itu, pemilihan subjek sains amt menarik untuk dipelajri oleh kanak2 dalam blog ni..
media pengjaran juga best dan amat menghiburkan hati kanak2.. media pengajaran seperti ini dapat menambahkan minat kanak terhdp subjek sains. pemilihan objek objek bertepatan dengan isi pelajaran..
harap kump. ini blh jadikan blog ni lebih ceria dgn pggunaan warna yang menarik...wassalam

dunia pendidikan said...

salam aimi n geng...aktivt mmang best tp pngjarannya lbih kpd dalam kelas..di sini kita perlu lbih kpd aktvti dalam komputer...kalau boleh tambahkan game yg boleh kanak2 lakukan bila mereka mmbaca blog ni..warna pd lyout boleh ditukar kpd wrna yg lbih ceria utk mnrik minat knk2 mlyari blog ni...apa2 pun u are the best ats kjsma nk hsilkan blog ni.TQ

Post a Comment